Peace be upon you, my readers. Welcome to my blog ^^

Monday, December 26, 2011

Apekah yang telah berlaku?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

...And here you will read my deepest thoughts.

Ugghhh...Nur Nadhirah Hamzah! Mengapakah anda jadi begitu pemalas.
Ntah la. Aku pun xtau ape yang sebenarnya berlaku dalam diri ini.
Tekanan? Of course! Tipu giler kalo jd seorang manusia xpernah rasa tertekan..
Tapi ntah la..semenjak dua menjak ni, seyes aku cakap aku dah semakin hanyut.
Esaimen yang perlu dihantar, aku hantar lepas dateline......
Report pn same gak..walaupun memangla bukan selalu aku buat bende2 alah macam ni..
Kuliah pun skang nih, aku da semakin hari, semakin lewat je..

Situasi 1st sem:

Kuliah start pukul 8 pagi >> 7.30 pagi dah tercongok kat depan pintu dewan kuliah..

Situasi sekarang:

Kuliah start pukul 8 pagi >> 8.05 pagi baru smpai depan pintu dewan kuliah......



Haila...aku takut aku jadi smpai mcm ni ^

Ape pn, banyak2kanlah berselawat bagi sesiapa y mengalami ape y aku alami ni :)

Thursday, December 8, 2011

Katak oh katak~



Dengan nama Allah, yang maha pemurah lagi maha penyayang...

...And here you will read my deepest thoughts.

Katak? Kenape ngan katak?
Dalam salah satu kos yang kitorg amik, developmental biology, lecturer kitorg usulkan pada kitorg satu cabaran,
"Cari telur katak and observe the development of those eggs smpai jadi katak. Then, bwt report. 5% will be added to each group yang sahut cabaran ini. Telur katak prlu dicari within these 2 weeks,".

Nak dijadikan cerita, time tuh, hujan pn jarang2 kot. Mane la nk cari telur katak......Aku balik umah, cari telur katak kat tepi2 longkang pn xde. Adik aku yang bongsu ikut aku, sebab aku ajak. haha. 
Sepanjang perjalanan kami meninjau dalam longkang, 

Adik: Akak, jom ar balik....malu la
Aku: Malu? Asal plak?
Adik: Sume orang tengok kot...
Aku: So...?
Adik: Malulah...tengok tu *mata adik aku mengekor kereta dan motosikal yang lalu lalang, senyum memandang kami*
Aku: So.....?

Kami pn meneruskan pencarian tapi seyes xjumpe. Yang ade hanyalah telur si gondang. Alaa..siput gondang...korang tau x apekah itu? kalo x tau, silalah bertanya kepada hencik google. So, nak x nak, aku pn menamatkan pencarian. dah tuh, kalo dah xde nk bwt cam mne......Tp, nasib baik la ade la di anatara kami yang jmpe telur katak and grup kami berjaya menempatkan telur katak kat dalam akuarium, di bahagian belakang makmal. Excited, gumbira, mcm2 gak la perasaan yang bercampur baur. (Ayat tak boleh belah).
Beberapa hari lepas tuh, katak2 pun menetas. Yay~ idup anak2 aku.. Kitorg pn selalu la berulang-alik ke makmal yang jaraknya agak jauh dari makmal2 lain, nun jauh di belakang sana. Tapi, lama kelaman , daripada berpuluh2 berudu yang menetas, hanya tinggal banyak nih je selepas sebulan lebih:


Kesian anak2 kami.....adik aku tny: "Nnti, jadi Putera Amar x?"
Hamboi~kalo sume katak=Putera Amar, ramailah puteri kat dunia nih........

Assalamualaikum~

Dengan nama Allah, yang maha pemurah lagi maha penyayang..

...And here you will read my deepest thoughts.

Sedar x sedar, pejam celik pejam celik, dah masuk bulan 12. Kita pn dah hampir 2 minggu melangkah ke tahun baru mengikut kelendar Hijrah iaitu tahun 1433H. Adakah tahun lalu berlalu dengan begitu sahaja atau diisi dengan amalan2 yang sepatutnya?

Sebagai seorang student, seyes busy. Busy dengan esaimen, test, dan lab reports, lebih2 lagi bagi aku dan kawan2 yang same program ngan aku. Ye la, sem nih ade 5 lab kot.....Lab kali nih, memang macam bkn lab2 sebelumnya. Sebab, lab2 kali nih, mostly sumenye berterusan. Sebagai contoh, lab plant biotechnology. First lab, kene bwt medium agar. Masukkan micro elements, macro elements, gel, bla bla bla........then, siap la medium. Next lab plak, explant culture. Amik part plant yang kite nk culture, masukkan dalam media y kite da sediakan, sebelum tu, sebenarnye, kalau media didapati contaminate, kne bwt media lain. The same thing goes on if culture kite tuh contaminat. kne bwt media baru, transfer explant len plak..Nak elakkan contamination, aseptic technique yang betul prlu diamalkan. Then, time transfer culture dalam laminar Floor tuh, xyah la bercakap2 ngan orang len. tumpu dulu kat keje tuh, siap karang, sembang la nak sembang ape pn...hmm...that's why bnde nih continuous. Kene plak gi check nak tgk pertumbuhan culture sebab setiap grup dah diberi PGR ( plant growth regulator a.k.a plant hormon) yang berbeza. Sekian. Tu baru 1 lab. *Senyum*

Lecturer masuk kelas, "Ok, next test kite bwt...(tarikh sekian2). Kamu free ke time tuh? Or ade sape2 yang xley nk attend?"
Kami: *murmurs sesama sendiri* *dalam hati:What..?!* OK! Baik Dr.!!

Gitula situasi dalam kelas. Kalo x macam nih,

Dr: Ok, sediakan kertas, sila jawab kuiz kat depan
Kami: *murmurs sambil keluarkan kertas* Baik Dr...

Busy x busy, itulah amanah yang perlu dipikul oleh sesape je yang bernama student. So, nak x nak, life must go on, belajar kene rajin2 *gulp* *peringatan untuk diri sendiri gak :)*
Dalam mase 2, tanggungjawab dengan Pencipta Yang Satu pun xleh nak abai. Yang paling utama solat dan,
Pesan mama: Love letter from Him kne bace hari2 :)

Sudahkah anda, pada hari ini?