Peace be upon you, my readers. Welcome to my blog ^^

Tuesday, April 21, 2009

Lega..

Lega rasanya..Oleh kerana kakakku tersayang dah ada kat umah, aku pun boleh la nak goyang kaki tapi xla sepenuhnya sebab beliau mahu kami membahagikan kerja2 rumah. Beliau berkata bahawa kerjasama itu penting jadi aku hanya bersetuju. Kerja-kerja aku hanya melibatkan bahagian dapur yakni akulah yang membasuh pinggan, mangkuk, gelas, piring, senduk, sudu, garfu, pisau, kuali, periuk dan lain-lain. Bahagia juga kerja aku sebab selepas aku bereskan kerja aku, aku memang ada banyak masa untuk surfing the net, melepak, membaca buku atau lain-lain perkara yang ingin aku lakukan sementara menunggu waktu untuk menyediakan hidangan makan tengahari. Aku bukannya terer sangat pun memasak ni tapi disebabkan sudah menjadi rutin makanya hidangan aku itu memang menyelerakan. Aku bukan hendak berbangga tapi itulah kenyataannya. Astaghfirullahalazim..sudah riakkah aku?aku rasa tidak lagi kot kerana sesiapa yang mengenali diriku yang cantik lagi kiut ini memang memahaminya.Kesimpulannya, kehidupan ini memang menyeronokkan!

No comments: