Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
...And here you will read my deepest thoughts.
Satu musibah telah melanda negara kita. انا لله وانا اليه راجعون. Penerbangan MAS MH370 hilang dari radar dalam perjalanan menuju ke Beijing, selepas hampir sejam berlepas dari KLIA. Pesawat yang membawa 227 penumpang + 12 anak kapal lenyap dari radar lebih kurang 1.30 pagi waktu tempatan, kata pemberita. Tiada berita, tiada isyarat kecemasan, terus hilang. Senyap.
Masuk hari ketiga pada hari ini, usaha mencari giat dilakukan dan kerajaan Malaysia mendapat bantuan mencari dari pelbagai pihak di negara serantau dan juga negara maju. Pelbagai spekulasi muncul. Namun spekulasi demi spekulasi hanya membuatkan si keluarga semakin gusar. Kepada mereka yang cuba untuk menarik perhatian, mohon hentikanlah cerita-cerita palsu dan bohong, yang direka-reka semata-mata untuk menambahkan bilangan followers atau mendapat beribu 'like'.
Apa yang terjadi sebenarnya, hanya Allah yang tahu dan kepada Dia, kita mohon segala petunjuk dan kekuatan. Walaupun tiada sanak saudara atau orang terdekat yang berada di dalam pesawat, hati ini turut hiba dan sayu. Moga keluarga mereka terus tabah dan tidak putus-putus berdoa.
Dalam hati ini turut berdoa seperti yang dikongsi sahabat:
Ya Allah Ya Rahman,
Engkau lah Segala Perancang,
Kami cuba melakukan yang terbaik namun Engkau jauh lebih baik dan kepada Engkau jua kami berserah.
Andai di langit turunkanlah,
Andai di laut timbulkanlah,
Andai di darat, tunjukkanlah,
Andai di alam lain, singkapkanlah,
Andai masih hidup, pulangkanlah, agar kami dapat syukuri,
Andai telah tiada, buktikanlah, agar kami pasrah relakan pemergian.
Kami redha, akan kekuasaanMu, wahai Allah, pemilik seluruh alam.
Amin.
#prayforMH370
Aturan Allah lebih baik. May Allah ease.